Seperti yang kita sedia maklum, KOBEMAS adalah singkatan bagi Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad. Undang-undang kecil KOBEMAS telah diluluskan oleh mesyuarat Agung Permulaan pada 10 Ogos 2010 dan telah didaftarkan pada 13 Oktober 2010. Pemilihan Ahli Lembaga turut diadakan didalam mesyuarat Agung Permulaan KOBEMAS.
Aktiviti utama KOBEMAS ialah :-
- Menjalankan aktiviti perniagaan dan borong.
- Menjalankan aktiviti pertanian dan perkhidmatan.
- Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan keanggotaan.
- Membeli, memindah hakmilik, mendiri, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tidak alih.
TUJUAN KOBEMAS DITUBUHKAN
- KOBEMAS ditubuhkan bertujuan untuk membantu golongan-golongan masyarakat yang belum melepasi paras garis kemiskinan yang terdiri daripada penerima-penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka yang berjumlah seramai 24,971 orang.
No comments:
Post a Comment